Like A Dream
D'Boss!

Hi I'm Ain Omanah.July 95.



Entries About Linkies Stuff


Scream!

Credits!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Others:   

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum dan selamat pagi. Salam Maulidur Rasul Ain ucapkan kepada semua umat Islam , Maulidur Rasul disambut sempena mengingati tarikh kelahiran Nabi yang dilahirkan pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah , 

Ain masih ingat lagi masa belajar Sirah , banyak ustaz/ustazah cerita yang kedatangan Nabi Muhammad banyak mengubah hidup masyarakat Arab Jahiliyyah tapi semua itu terlalu banyak pengorbanan, Nabi pernah dicaci . di baling tahi unta , macam macam lagi baginda diseksa suatu ketika dahulu. Baginda lakukan semua ini demi umatnya , mampukah kita menjadi seperti baginda? sepatutnya sebagai ummat kita perlu menjadikan Nabi Muhammad itu contoh dan Idola dalam kehidupan kita.

Nabi Muhammad sanggup berkorban agar ummat nya tidak tergolong dalam golongan yang dimurkai Allah , Baginda turut menyediakan syafaat kepada hambanya sekiranya kita selalu mengingatinya apabila nama baginda disebut maka kita berselawat keatasnya. Insyaallah di akhirat nanti Baginda akan memberikan syafaat kepada umat yang sentiasa mengingati baginda. Ya Allah betapa mulianya kekasihmu.

Maaflah , kita tak pandai sangat dalam bg tazkirah nih tapi kita hanya mampu share apa yang kita tahu sahaja. Kalau dekat maktab , mesti dengar Tazkirah dari Nabil dengan Akmal. Best dahlahh ajak berqasiddah sekali. Hmm dekat MRSM Pengkalan Hulu lahh kita rasa dekat sangat dengan Allah dan Nabi. Terima Kasih kawan kawan bg kita rasa semua tuhh , 

So ni ain ada sediakan video ya badrottim sempena Maulud Nabi . 
Kalau kat maktab kami selalu qasidah :-
*Ya Badrottim
*Ya Toibba
*Ya Hana na Ya Hana na

Ya Badrottim *wahai purnnama*

Ya Hana na Ya Hana na *betapa beruntungnya kami*


Rindunya dekat PH tak terkata kalau dulu setiap petang before maghrib before Isyak mesti wajib qasiddah, budak budak semua suka. betul tak tipu. dari yang macam sosial pon suka , okay what ni macam syair buat Nabi Muhammad at least dia sentiasa bersyair tanda dia ingat dekat Baginda. Thanks dekat Nabil yang banyak mengubah kami semua. Termasuk kita tapi bila balik rumah kita susah nak istiqamah macam Akmal pesan tapi kita try insyaallah.

Pen Off, Ain Omanah.