Like A Dream
D'Boss!

Hi I'm Ain Omanah.July 95.



Entries About Linkies Stuff


Scream!

Credits!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Others:   

Salam Maulidur Rasul (:

Assalamualaikum . Apa khabar semua , moga moga sihat belaka. Disempena kesempatan yang ada nih , marilah sama sama kita panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT yang telah memanjangkan usia kita untuk memperingati hari keputeraaan Nabi Muhammad SAW. So marilah kita selawat keatas Nabi junjungan besar kita iaitu Kekasih Allah Nnabi Muhammad SAW. Baginda dilahirkan pada 12 Rabiulawwal Tahun Gajah.  so sama sama lah kita ingat betapa besarnya pengorbanan Baginda dalam menyebarkan Islam , menahan segala tomahan dan cacian daripada umat masa itu. Tapi Baginda tetap teguh mempertahankan Islam.


Terlalu banyak pengorbanan dan jasa yang kita lihat daripda kisah teladan dan sirah nabawiyyah yang kita belajar mengenai perjuangan Nabi Muhammad dalam mempertahankan umahnya, Baginda tetap Sabar , Sabar dan Sabar.  jadi kita sebagai umatnya marilah sama sama kita jadikan Nabi Muhammad sebagai Idola yang patut kita contohi dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT .


Mengamalkan segala sunnah yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah. Sesungguhnya Syafaat menantimu di akhirat kelak . dan selalu memuji jugak berselawat ke atas nya , Insyaallah dirimu akan mendapat ketenangan di dunia dan akhirat juga di sayangi Allah kerana mencintai kekasihnya, dan ingatlah Cintailah Allah dan Rasulnya lebih dari cintakan Manusia (:


Cinta yang Agung dan Abadi :)
1.Cinta Kepada Allah
2.Cinta Kepada Rasul
3.Cinta Kepada Ibu Bapa
4.Cinta kepada Guru
5.Cinta Kepada Umat Manusia


Jadi marilah sama sama kita renung renungkan dan mengingati Nabi Muhammad (;
Janganlah cuma pada hari ini sahaja kita mengingati baginda , tapi biarlah ia berterusan sehingga akhir hayat kita ,


P/S : As Muslim kita perlu saling ingat mengingati , juga menjalankan kewajipan sebagai umat ISLAM (: